Monday, August 18, 2008








APA ITU MELAYU??


Sedikit berkaitan melayu..smoga mendapat petunjuk..

Fahamilah ini betul-betul, anda faham kenapa kita boleh ada Raja-raja Melayu yang berasal daripada keturunan Raja Iskandar Zulkarnain... Sedangkan Iskandar Zulkarnain dikatakan berasal daripada Greece di Eropah (menurut satu pendapat yang menyatakannya sebagai Alexander the Great daripada Macedonia), lagi satu pendapat pula adalah daripada keturunan Cyrus the Great daripada Parsi. Yang pasti, daripada luar nun jauh di belah Barat atau Timur Tengah...

Lalu mereka yang tidak memahami akan hakikat sebenar bangsa Melayu sebagai bangsa-bangsa bersatu lebih senang menuduh Melayu sebagai bangsa hamba... Sebab itu bertuankan raja-raja yang datang daripada luar sedangkan hakikatnya, raja-raja daripada luar ini juga "masuk Melayu"!... Bahasa lembut orang Melayu yang sering membahasakan diri sendiri sebagai "hamba" dan orang lain "tuan hamba" turut disertakan kononnya sebagai bukti orang-orang Melayu itu berjiwa hamba...

Ya... Memang Melayu itu berjiwa hamba! Tetapi bukan hamba kepada manusia atau apa-apa sistem manusia seperti demokrasi dan kapitalis. Melayu dalam ertikata sebenar adalah hamba kepada Yang Maha Esa!

Adapun bahasa pertuturan "hamba" dan "tuan hamba" ini adalah sebenarnya bahasa tinggi, bahasa orang-orang Tasawuf yang sebenarnya mengEsakan keWujudan Allah jua... Ini adalah bahasa orang-orang yang "berenang" di dalam lautan musyahadah ataupun penyaksian semata melihat hakikat alam yang sebenar... Bahawa apa yang kita lihat sekeliling bermacam warna dan ragam ini semuanya adalah perbuatan ataupun af'al Allah jua! Maka dengan penuh adab merendah diri, kita membahasakan diri sendiri sebagai "hamba" dan orang lain sebagai "tuan hamba"... Kerana melihat hakikat sebenar di sebalik perbuatan orang lain sebagai pengzahiran serta pernyataan perbuatan Allah di alam ini jua!

Mungkin ada yang akan bertanya... Kalau begitu kenapa pula raja-raja membahasakan diri sebagai "beta", bukannya "hamba"? Sebenarnya raja-raja pun ada masanya membahasakan diri sebagai "hamba"... Kaji balik hikayat-hikayat lama... Tetapi apabila berbahasa dengan rakyat-jelata, raja-raja itu ibarat akan zahir sifat-sifat Jalal atau keagungan Allah... Kerana seorang raja (raja yang sebenar ya, bertaraf Wali dan telah Fana' dan Baqa' di dalam keWujudan Allah, bukan raja-raja sekarang yang rata-rata tidak layak menaiki takhta kerana telah hilang sifat-sifat sebenar seorang raja) itu adalah Zilullah Fil Alam... Bayang-bayang Allah di alam ini... Atau Zilullah Fil Ardh. Bayangan Allah di mukabumi. Sebab itu ada kitab-kitab lama tafsir mimpi menyebut, bermimpi berjumpa dengan raja itu maknanya berjumpa dengan Allah jua!

Masalahnya berapa ramai orang yang sedar akan hakikat ini setelah beratus tahun dihimpit dakyah Barat hasil kajian dan saranan puak Yahudi Zionis yang tidak mahu bangsa Melayu menjadi berdaulat melalui wasilah kerajaan sebenar yang mengundang naungan daripada langit? Sejarah Melayu sendiri telah dikaburkan sebegitu rupa akibat kedangkalan dalam memahami makna Melayu itu sendiri... Para Orientalis cuba menyempitkan bahawa Melayu itu datang daripada Yunnan. Ini dilakukan untuk merendahkan martabat Melayu sebagai satu daripada sub-etnik orang Cina selain untuk menghakis hak ketuanan Melayu ke atas Tanah Melayu kerana orang-orang Melayu mahu digambarkan sebagai pendatang, malah penceroboh yang "menghalau penduduk asal" Proto-Malay ke pendalaman. Ini dibuat supaya bangsa lain yang bukan Islam pun boleh menuntut hak "yang sama rata", kerana kita semuanya adalah "bangsa pendatang" jua...

Ya, itu memang benar... Melayu juga ramai bangsa pendatang... Tetapi yang membuat mereka mempunyai hak ke atas apa yang dinamakan sebagai Tanah Melayu ini adalah setelah menjadi anggota, masuk membership sebagai ahli kesatuan bangsa-bangsa dunia yang diikat oleh Islam, budaya Melayu dan penggunaan Bahasa Melayu... Itulah yang memberikan hak ketuanan kepada mereka, hak yang tidak layak dikecapi mereka yang belum lagi "masuk Melayu"....

Fikirkan akan makna Melayu yang sebenar... Maka kita tidak akan hairan kalau disebut bahawa pusat kerajaan Melayu Melaka di Kota Melaka yang jatuh ke tangan Portugis tahun 1511 itu kalah bukan kerana Melayu itu mundur... Tidak... Melayu sudah lama mempunyai persenjataan canggih. Zaman itu, kita sudah lama berhubung dengan tamadun-tamadun besar dunia termasuk kerajaan keKhalifahan Uthmaniyah (yang merupakan kerajaan paling kuat seluruh dunia zaman itu) serta kerajaan China Dinasti Ming (yang sebenarnya merupakan kerajaan Islam, sebab itu ia menyokong Melaka... Bukan sebab kerana ancaman Siam semata seperti yang disebut dalam buku-buku sejarah).

Ketika itu, Eropah baru sahaja keluar daripada zaman kegelapan... Setelah lama dipekup pihak Gereja yang anti-Sains. Dan mereka berjaya mengecapi kemajuan yang kemudian dikenali sebagai Renassaince, zaman kebangkitan Eropah setelah mengutip ilmu daripada institusi-institusi Islam yang jauh lebih maju ketika itu seperti yang terdapat di kerajaan Sepanyol dan Portugal Islam terutama di Cordova ataupun Andalusia... Kita bangsa Melayu pula sudah lama menerima bekalan teknologi terbaru baik daripada kerajaan Uthmaniyah yang berpusat di Turki mahupun Dinasti Ming yang tidak kurang canggih. Siapa kata Melayu itu mundur dan bodoh, setakat berharap pada senjata-senjata purba yang ketinggalan zaman? Siapa kata?

Lagipun seperti yang sudah disebut awal tadi, Melayu itu adalah BANGSA-BANGSA BERSATU. Maka itu segala teknologi dan pengetahuan canggih bangsa-bangsa lain turut disatukan menjadi teknologi sebenar Melayu... Itulah rahsia sebenar Melayu yang satu hari nanti akan membawa kepada kebangkitan sebenar Islam di akhir zaman, Insyaallah!

Sebab itu catatan Portugis, kalau tidak salah daripada Alfonso Albuquerque sendiri meyebut mereka telah merampas dan membawa balik 3,000 pucuk meriam daripada Kota Melaka. Dan itu menurutnya baru separuh sahaja... Jadi kenapa Melaka boleh kalah? Kalau nak tahu, sebab sebenarnya adalah kerana pembelotan bangsa Melayu sendiri... Pembelotan yang bagaimana?

Adapun bangsa-bangsa Barat yang datang ke Tanah Melayu untuk menjajah ini sebenarnya berbuat begitu atas dendam dan perancangan jangka-panjang Perang Salib... Semuanya untuk memutuskan rangkaian ukhuwah Islam yang turut termasuk di dalamnya rangkaian sokongan strategi perang yang meluas ke seluruh bumi di mana sahaja ada penganut Islam dengan angkatan yang boleh didatangkan daripada jauh termasuk daripada Tanah Melayu ini! Percaya atau tidak, semasa Perang Salib 1,000 tahun lalu sudah ada orang-orang Melayu turut berjihad melawan angkatan Barat... Manakan tidak? Melayu sebenar adalah bangsa yang sangat gagah berani, sedia berkorban jiwa dan raga kerana memahami hakikat sebenar kehidupan yang fana' ini... Dan sejak dahulu mereka adalah para pelayar dan pengembara yang hebat, tentu biasa sampai ke Mekah untuk umrah dan haji atau ziarah juga ke Madinah. Lalu apabila terdengar panggilan jihad, apalah susah sangat untuk turut mara ke Baitul Muqaddis termasuk bersama angkatan Sultan Salahuddin Al-Ayubi! Bukankan Melayu itu adalah bangsa-bangsa bersatu yang sudah semestinya ISLAM?

Barat sedar akan makna sebenar Melayu yang menggabungkan pelabagai bangsa ini... Maka itu untuk memecah-belahkan serta membawa Melayu untuk membelot, mereka kaji balik sifat-sifat etnik... Bagaimana sifat Cina masuk Melayu semasanya Cina nya masih menebal... Bagaimana sifat India sebelum masuk Melayu... Maka dicari kelemahan ini lalu dicucuk-jarumnya sehingga menjadi punca pergaduhan. Lalu apa yang terjadi sebenarnya adalah pergaduhan Cina dengan India tetapi yang dapat nama buruk adalah Melayu kerana mereka sudah masuk Melayu... Sebab itu bangsa Melayu terkenal dengan hasad dengki terhadap bangsa sendiri. Faham sekarang?

Taktik serupa turut digunakan untuk mengekang apa-apa kemungkinan kebangkitan Melayu di Singapura.... Lalu mereka cuba dipecah-pecahkan dengan label Bugis, Boyan dan sebagainya, bukan dengan label Melayu sebenar yang patut menyatukan segalanya... Tetapi apabila bergaduh dan tidak bersatu, yang disabitkan tetap nama Melayu juga. Nampak tak?...hurm..kte pkir la sendiri…

Petikan dari merahsilu.blogspot.com

No comments: