Wednesday, September 3, 2008

Kaitan Perang Salib dengan penjajahan Barat di Tanah Melayu...

Buku-buku sejarah rasmi dunia mencatatkan penemuan Amerika 1492 oleh Christopher Columbus adalah titik permulaan kuasa-kuasa Barat mula berminat ‘menerokai’ dunia selain Eropah dan wilayah sekeliling yang menjadi medan permainan mereka sejak zaman kegemilangan Yunani 2,500 tahun lalu. Pelayar terkenal Vasco de Gamma pula dicatatkan sebagai orang Eropah pertama menemukan laluan pelayaran ke India 1498 lalu membuka jalan untuk mengenali dunia sebelah Timur melalui laut. Ini adalah natijah daripada pengembaraan Bartholomew Diaz 1488 yang berjaya menemui laluan selamat melepasi Tanjung Harapan (Cape of Good Hope) di penghujung selatan benua Afrika yang terkenal sebagai kawasan bahaya ribut taufan. Warga Eropah pun mula mengenali tamadun-tamadun Islam Timur yang hebat seperti keSultanan Delhi yang menguasai benua Hindi sejak abad ke 13 serta keSultanan Melaka yang menguasai jalan perdagangan Timur-Barat sehingga pusatnya Kota Melaka dikenali sebagai Venice of the East sempena Venice di Italy, kota paling makmur di Eropah zaman itu.
Barat mula berdagang di Nusantara terutama dalam spice trade, perniagaan rempah, satu komoditi penting yang sangat diperlukan di Eropah tetapi dikawal melalui Melaka. Maka muncullah ungkapan terkenal penulis Portugis bernama Barbarosa: “Whoever is Lord in Melaka has his hand on the throat of Venice”. Sesiapa yang memerintah Melaka tangannya mencekak leher Venice. ‘Pos-pos’ perniagaan Barat mula didirikan di lokasi-lokasi penting seperti kota Melaka juga pusat kerajaan Samudera-Pasai… Tidak lama kemudian, Portugis ‘mendapat ilham’ untuk menakluki Goa di India (1510) dan kota Melaka (1511) sebelum ‘bersahabat’ dengan Haru di Sumatera untuk menakluki Pasai (1514)... Semuanya atas alasan untuk menguasai perdagangan dan itulah yang disebut dalam sejarah rasmi dunia.

Sekarang fikirkan… Adakah sejarah yang dikemukakan ini benar dan tepat? Kalau benar Vasco de Gamma adalah orang Eropah pertama menemui jalan ke India, bagaimanakah pemikir purba Yunani, Ptolemy yang diakui sejarahwan Barat sebagai salah seorang ahli falak dan pelukis peta (cartographer) teragung dahulukala boleh bercerita malah melukis sebuah peta purba yang agak lengkap tentang Golden Chersonese iaitu Semenanjung Tanah Melayu lebih 2,000 tahun lalu? Bagaimanakah orang Eropah zaman itu boleh mengenali Semenanjung sebagai bumi kaya-raya penuh emas malah menyatakan Mount Ophir atau Gunung Ledang sebagai sebuah lokasi utama Solomon’s Treasure, harta peninggalan Nabi Sulaiman?
Bagaimana pula tentang Marco Polo, pengembara Barat abad ke 13 dari Venice, Italy yang terkenal dengan kisah pengalamannya merentasi jalan darat the Silk Road atau Jalan Sutera yang menghubungkan Eropah dan Asia sampai ke benua China ketika ia sedang diperintah Kublai Khan (1216-1294), cucu Ghengiz Khan? Bukankah catatannya menyebut beliau pernah sampai dan singgah di Ferlec, ataupun Perlak 1292 melalui jalan laut yang merentasi Laut Cina Selatan dan Selat Melaka? Ketika kerajaan lama Islam itu sudah diserapkan ke bawah pemerintahan keSultanan Samudera-Pasai yang sedang dirajai pengasasnya Sultan Malikus Salih?

Kitab Hikayat Aceh pula menyinggung kedatangan awal Portugis di bumi Serambi Mekah apabila menyebut kisah kerajaan Mahkota Alam berjaya menakluki Darul Kamal menggunakan meriam daripada kapal Barat yang tenggelam di perairannya. Kajian rasmi sejarah menyatakan, ini berlaku semasa Sultan Munawar Shah memerintah 1490-1497, raja yang bertanggungjawab menyatukan kedua-dua kerajaan tersebut untuk membentuk keSultanan Aceh Darussalam. Fikirkanlah. Bagaimanakah kapal Barat itu boleh muncul dan tenggelam di perairan Aceh sedangkan sejarah rasmi dunia mendakwa orang Eropah baru mengenali laluan laut melepasi Afrika ke India melalui pelayaran Vasco de Gamma 1498?

Barat juga nampaknya cuba mewarnakan ‘ekspedisi’ mereka ke Timur sebagai innocent, sekadar demi memenuhi naluri mengembara seterusnya berdagang. Tetapi dengan menggunakan alasan ‘pedagang’ mereka ‘diganggu’ pemerintah tempatan seperti yang pernah terjadi di Melaka, mereka mampu menakluki Goa (1510), Melaka (1511) dan Pasai (1514) dalam tempoh yang singkat. Ini menunjukkan mereka sebenarnya sudah lama merancang untuk menakluki keSultanan-keSultanan Islam di Timur.

Ia adalah taktik jangka-panjang untuk menghancurkan kekuatan umat Islam sejagat yang diterajui Khalifahan Utmaniah di Turki, kuasa ketenteraan yang terhebat di dunia zaman itu. Bukankah sejarah membuktikan, penaklukan kerajaan-kerajaan Islam seluruh dunia yang berjalan lancar abad 17- 19 akhirnya menyaksikan kerajaan Uthmaniyah di Turki terkepung tanpa bantuan? Lalu melututlah ia apabila kalah kepada kuasa gabungan Barat dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918). Bukankah kekalahan itu menyebabkan Baitul Muqaddis terus terlepas daripada tangan umat Islam setelah sekian lama? Dan sampai sekarang ia tidak aman akibat penindasan demi penindasan yang dilakukan puak Yahudi Zionis.
Portugis yang merupakan kuasa laut terkuat Eropah abad ke 16 telah diberikan tugas untuk menundukkan Nusantara kerana Yahudi Zionis tahu Hadis Nabi tentang kebangkitan Islam daripada Timur. Tetapi terbukti keSultanan Aceh yang mewarisi peranan Melaka dan Samudera-Pasai amat liat untuk ditundukkan. Kemunculan Sultan Ali Mughayat Shah selepas kejatuhan Melaka 1511 menyaksikan baginda berjaya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil yang berpecah-belah di bumi Serambi Mekah lalu menghalau Portugis keluar dari Samudera-Pasai (1524). Seterusnya baginda menakluki Haru supaya penjajah tidak boleh lagi bertapak di Sumatera.

Portugis cuba memperkudakan Johor pula untuk menawan Haru. Sebaliknya mereka dan sekutu Melayu itu telah dihalau keluar lagi malah kedudukan Portugis di Melaka pula tersepit akibat serangan demi serangan tentera Aceh. Selepas lebih seratus tahun mencuba, ternyata kuasa Barat itu tidak dapat memenuhi misi Yahudi Zionis di Timur. ‘Kebetulan’ pula tanah-air mereka di Eropah ditakluki Sepanyol 1580... Maka sampailah masanya untuk Belanda, kuasa laut baru Eropah abad ke 17 menonjolkan diri, kuasa besar yang jauh lebih licik dan kaya dengan tipu-helah sehingga berjaya menggunakan armada tentera Aceh untuk melemahkan kedudukan Portugis di Melaka seterusnya menduduki kota itu 1641.
Cerita ini ada dipanjangkan dalam Jilid 2, bab penutup bertajuk Perang Aceh-Portugis di Melaka1629. Di samping itu, untuk memastikan supaya ancaman Aceh dapat dikekang dan Barat boleh terus mengembangkan sayap, Yahudi Zionis telah merosakkan teras kerohanian rakyat bumi Serambi Mekah melalui konflik akidah seperti dihuraikan dalam bab “Angkara Nuruddin: Mulanya kejatuhan Aceh”. Tidak lama kemudian muncul Inggeris, kuasa terkuat Eropah selepas kekalahan panglima besar Peranchis dalam Perang Waterloo 18 Jun 1815. Selepas berjaya menakluki kebanyakan keSultanan di rantau ini, mereka pun ‘membelah-dua’ lalu memfaraidkan Nusantara melalui Perjanjian Inggeri-Belanda 1824.

Kedua-dua pihak ini diberi peranan tertentu dengan Belanda meningkatkan cengkaman ke atas wilayah-wilayah yang bakal menjadi Republik Indonesia sementara Inggeris ‘mengendalikan’ Singapura dan wilayah-wilayah yang bakal menjadi Malaysia. Sebab itu apabila bumi Serambi Mekah berjaya diduduki Belanda 1873, mereka berusaha bersungguh-sungguh supaya ia tidak dapat berdiri gagah lagi... Cara paling utama, lupuskan terus keSultanan Aceh dan ini dilakukan 1903....fikir-fikirkan....

Thursday, August 28, 2008

makna MELAYU SEJATI
Lihat gambar diatas. Berdasarkan gambar, mungkin ada yang percaya begitulah rupa-paras orang Aceh, kulit sawo matang dengan ciri-ciri rupa bangsa yang dikategorikan sarjana sebagai ras Mongoloid. Tetapi jangan terperanjat kalau anda terjumpa orang Aceh yang memang semulajadi berambut perang dan bermata biru... Kerana mereka berasal daripada keturunan orang Portugis yang terdampar di Aceh sekitar 500 tahun dahulu. Itu belum kira lagi mereka yang berkulit putih merah hidung mancung dengan ciri-ciri rupa-paras Arab-Parsi... Kerana memang asal-usul nenek-moyang mereka daripada Timur Tengah tetapi tetap dikenali sebagai orang Aceh!
Sebenarnya begitulah juga asal-usul bangsa Melayu - satu gabungan bangsa campuran daripada pelbagai pelusuk dunia yang diikat menjadi Melayu melalui ciri-ciri tertentu. Tetapi fakta ini sengaja digelapkan penjajah Barat pro-Zionis yang membentuk sejarah dunia sesedap rasa supaya kita jadi keliru, supaya kita pula masuk perangkap acuan mereka, senang dilentur dan dijinakkan sehingga hilang kekuatan sebenar kita sebagai bangsa Melayu. Lalu kita diajar bahawa bangsa Melayu adalah satu subset ras Mongoliod yang turun daripada Yunan ke Tanah Melayu, bangsa pendatang yang menolak kaum Asli atau proto-Malay ke kawasan pendalaman dan hutan. Kenapa? Supaya kita boleh digambarkan sebagai orang asing yang tidak layak mendapat apa-apa keistimewaan ke atas tanah-air yang kita cintai ini...
Bukan itu sahaja, dengan menyatakan kononnya kita berasal daripada Yunnan, maka Barat dengan "sekali pukul" dapat merendahkan asal-usul kita sebagai sebahagian kecil sahaja daripada bangsa Cina...Bab ini tidak perlulah dipanjangkan kerana semua orang tahu ia sensitif. Fitnah zaman sudah jadi semakin teruk di mana orang Melayu murtad dibela undang-undang ciptaan Zionis atas nama kebebasan bersuara dan beragama, orang Melayu yang hendak menyekat kesesatan pula boleh dilabel sebagai ekstrimis dan para pengacau keamanan negara.
Maka itu, biar disajikan sedikit sedutan daripada buku "Berpetualang ke Aceh"....
Fikir-fikirkanlah... Carilah kembali makna Melayu yang hilang dan perkasakan kembali dalam diri, seterusnya keluarga, saudara-mara, jiran dan kenalan dan seterusnya... Insyaallah!
Rasyid yakin dengan maklumat yang diperolehinya kerana dia sudah mengkaji dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak. Ini termasuk pandangan orang tua-tua Melayu yang tidak percayakan teks rasmi sejarah Nusantara, orang-orang yang lebih senang hidup di luar arus pembangunan sekarang sehingga mereka sering dianggap kolot, ketinggalan zaman...Kata orang-orang ini, apa yang dianggap umum sebagai sejarah rasmi bumi ini sebenarnya tidak lebih daripada kerja Orang Putih untuk menipu orang Melayu hidup-hidup. Kerja orang-orang seperti Stamford Raffles dan Clifford yang mahu menggelapkan sejarah sebenar bangsa Melayu supaya fikiran mereka terus terjajah, terpedaya, terpesona dan terkinja-kinja dengan budaya Barat, supaya hilang jati-diri Melayu yang sebenar.Misalnya, ada seorang pakcik berumur sekitar 80 tahun tetapi masih tegap mengerjakan kebun sayurnya yang luas di kawasan pergunungan Pahang pernah menyoal Rasyid, apakah itu Melayu, apakah makna bangsa Melayu. Mengapa di Tanah Melayu ini Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Mengapa perlembagaan negara Malaysia ada menyebut takrif Melayu adalah orang Islam yang bermastautin di negara ini, bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat-istiadat Melayu...“Cuba kamu teliti balik muka orang Melayu. Ada yang putih, ada sawo matang, ada yang gelap. Ada muka India, ada muka Cina, muka Arab dengan Mat Saleh pun ada,” orang tua itu memulakan satu polemik.“Tengok dan cermin diri kamu sendiri,” pakcik itu menuding ke arah anak muda itu. “Kulit putih merah, rambut perang, hidung mancung, mata coklat. Di manakah letak Melayunya? Adakah pada paras rupa?”Rasyid terdiam. Teringat zaman kanak-kanaknya di mana dia sering diejek sebagai “Mat Saleh Celup”. Rupa macam Orang Putih tapi bukan... Sehingga dia pernah merasa malu malah benci melihat kulitnya yang putih bersih dan rambutnya yang sedikit keperangan. Kalau bersekolah di Kuala Lumpur, di St. John atau Victoria Institution lainlah juga kerana ada ramai Pan-Asian, anak kacukan yang ibu atau bapanya Mat Saleh. Ini di Muar, Johor. Jarang terdapat orang Melayu ‘tulin’ dengan rupa-paras begini. Lainlah kalau ada darah Orang Putih, tak pun Arab. Setahu anak muda itu, ayah dan ibunya tidak memiliki darah Mat Saleh walaupun mereka berdua memang berkulit putih cerah.Semasa di sekolah menengah pula, dia pernah ditegur seorang guru yang mengatakan rambutnya merah seperti rambut Sakai atau rambut orang tak mandi. Sedangkan Tuhan telah menjadikan rupa-parasnya semulajadi begini. Rasyid pernah terasa malu dengan keadaannya terutama kulitnya yang putih kemerahan bersih kerana selalu diejek rakan-rakan sebagai licin macam kulit perempuan... Sehingga dia sengaja membiarkan kulitnya tergores sampai luka-luka apabila bersukan terutama ketika bermain ragbi, supaya dapat parut yang membuktikan ‘kelakian’. Nak bagi nampak macho lah konon...‘Malangnya’ kulitnya cepat sembuh dan tetap putih kemerahan bersih. Malah boleh dikatakan tidak ada parut langsung di tubuhnya walaupun dia telah berkali-kali luka kerana perangai lasaknya kecuali sedikit bekas luka yang dalam di tempat tertentu dan suntikan BCG di bahu. Yang eloknya, apabila umurnya meningkat remaja, ramai pula pelajar perempuan yang menunjukkan minat terhadap rupa-paras anak muda ini. Dan yang pelik, satu hari nanti, manusia-manusia yang pernah mengejeknya sebagai Mat Saleh Celup berkulit licin macam perempuan pula yang akan sibuk mencari jalan untuk memutih dan mencantikkan kulit di samping mewarnakan rambut menjadi perang atau lebih terang. Rupa-rupanya ramai orang Melayu yang teringin sangat hendak jadi Mat Saleh. Cuma mereka tidak diberi rupa-paras semulajadi begitu. Kesian...Selain Pan-Asian, Rasyid juga pernah disalah-anggap sebagai Cina atau Benggali. Seolah-olah bangsanya boleh berubah mengikut hari...“Cuba kamu tengok orang bangsa lain. Ada tak begitu?” pakcik itu mengejutkan anak muda itu dari lamunan. “Setahu aku, kalau orang Cina, mukanya Cinalah… Tak semestinya mata sepet tetapi ciri-ciri mukanya nyata, boleh tahu dia ni orang Cina. Kalau Cina muka Melayu, selalunya bapak atau mak Cina kahwin India. Kaum lain pun boleh nampak nyata ciri-cirinya...”Orang tua itu berhenti sejenak. Kemudian merenung muka anak muda itu tanpa berkedip. Ada sesuatu perkara hendak dibangkitkannya...“Kamu tahu kenapa orang Melayu memiliki berbagai jenis rupa?” tiba-tiba dia bertanya. Rasyid cuma menggeleng-gelengkan kepala.Pakcik itupun meneruskan. Katanya, orang Melayu dahulu bukan setakat bangsa Melayu seperti yang dikenali sekarang tetapi campuran pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia yang beragama Islam, atau memeluk Islam selepas menetap lama di Nusantara. Sepertimana ada orang Aceh menyebut perkataan “ACEH” adalah singkatan untuk “Arab, China, Eropah dan Hindi”. Kerana menurut mereka, bangsa Aceh adalah bangsa campuran empat bangsa utama dunia. Dan mereka semua diikat oleh satu faktor yang sama iaitu Islam!Kata orang tua itu lagi, fakta ini memang diketahui oleh orang-orang Barat yang telah menjajah lalu mencorakkan suasana budaya dan politik Tanah Melayu. Tetapi mereka sengaja menyembunyikannya supaya orang Melayu keliru tentang asal-usul mereka sendiri lalu senang dipecah-belahkan...“Jangan percaya semua yang diajar di sekolah,” dia menegur. “Orang Putih kata manusia berasal dari beruk pun nak percaya juga? Ikut cakap enggang, makan buah belolok. Itu yang Sarawak dapat Raja Brooke!”Katanya lagi, orang Melayu dahulukala wujud daripada campuran pelbagai bangsa pendatang yang apabila duduk lama di bumi Nusantara menjadi sebati dengan adat, cuaca dan keadaan setempat. Kerana mereka lebih dekat dengan nature, alam sekitar, bukan seperti manusia sekarang yang terlalu berbangga dengan kecanggihan ilmu sains dan teknologi, suka melawan tertib alam sampai cuba mencabar Takdir dan mengubah Qada’ dan Qadar...Lebih menarik lagi, menurut orang tua itu setiap bangsa ini malah setiap bangsa di dunia tidak kira di mana jua mereka berada, apakah asal-usul mereka sebenarnya sudah lama mengenali agama Tauhid yang dibawa para Nabi terdahulu. Malangnya, fakta ini juga sengaja disembunyikan Barat sehingga semua manusia menjadi kalut... Tidak tahu apakah kaitan sebenar di antara semua bangsa ini sedangkan mereka semuanya adalah anak cucu keturunan Nabi Adam AS yang berpecah menjadi pelbagai jurai keturunan.“Bukankah Allah SWT telah menurunkan 124,000 orang Nabi dan 313 Rasul untuk setiap kaum di muka bumi? Bukankah semuanya membawa agama Tauhid yang memberi kesejahteraan, Salam ataupun Islam?” kata pakcik itu penuh semangat. “Maka sedar tidak sedar, para pendatang ini akan menyerap cara hidup di Nusantara termasuk menganut Islam, bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan adat-istiadat tempatan. Maka jadilah mereka orang Melayu... Sebab itu wujud istilah masuk Jawi, masuk Melayu. Sebab Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu! Bukankah ini termaktub dalam perlembagaan?”Rasyid tersenyum puas. “Betullah cakap pakcik,” dia menyambut, senang. “Melayu bukan setakat satu bangsa sahaja, ia sebenarnya adalah satu konsep penyatuan ummah melalui satu agama. Sepertimana American adalah satu konsep penyatuan pelbagai bangsa dalam satu negara ideal yang dibentuk abad ke 18 Masihi sebagai tindakbalas kepada dasar imperial lapuk Eropah.”“Malangnya anak bangsa kita sendiri tidak faham makna sebenar Melayu akibat politik licik penjajah,” dia menyambung, kesal. “Tidak nampak Inggeris sengaja membawa masuk buruh dari India dan Cina ke Tanah Melayu lalu mengasingkan mereka kepada sektor-sektor tertentu seperti perlombongan dan perladangan supaya pergaulan mereka dengan penduduk tempatan dapat dihadkan. Maka para pendatang yang dikira sebagai His atau Her Majesty’s Subjects, rakyat jajahan takluk Raja Inggeris ini tidak akan masuk Melayu seperti yang pernah berlaku dahulu. Lalu ketegangan dan pergaduhan yang meragut nyawa seperti Perang Larut di Perak dapat diwujudkan untuk menghalalkan campurtangan Inggeris dalam hal ehwal pemerintahan orang Melayu nanti. Maka timbullah Perjanjian Pangkor yang menghina Raja-raja Melayu!”
"Takkan Melayu Hilang Didunia"- maksud yang begitu mendalam...semoga kita memahaminya dengan sebenar-benar pemahaman...
Jangan biarkan diri anda terus tertipu dengan
propaganda tipu-daya Yahudi laknatullah!

Mungkin ada yang kurang percaya akan kemungkinan munculnya perang dunia dalam masa terdekat ini. Mungkin anda masih terkejar-kejar harta dan wang ringgit demi untuk menampung angan-angan memiliki bungalow besar harga berjuta dolar sebelum tahun 2020 atau memikirkan yuran universiti untuk anak-anak anda nanti yang mungkin akan melambung-lambung naik harganya nanti berdasarkan kadar inflasi dan kenaikan harga barangan serta khidmat sekarang? Pernahkah anda fikirkan ada kemungkinan apa yang diangan-angankan itu tidak akan wujud lagi kerana perubahan ketara dunia yang mungkin akan terjadi tetapi tidak disangka-sangka? Untuk memahami hakikat sebenar di sebalik semua ini, eloklah jika kita ambil tahu sedikit tentang perancangan Yahudi Zionis yang telah dibuat zaman berzaman untuk menakluki dunia...
jangan hanya mengejar wang...kesenangan....tanpa pedulikan nasib bangsa akan datang...

Saturday, August 23, 2008

APA ITU MELAYU??

Sedikit berkaitan melayu..smoga mendapat petunjuk..

Fahamilah ini betul-betul, anda faham kenapa kita boleh ada Raja-raja Melayu yang berasal daripada keturunan Raja Iskandar Zulkarnain... Sedangkan Iskandar Zulkarnain dikatakan berasal daripada Greece di Eropah (menurut satu pendapat yang menyatakannya sebagai Alexander the Great daripada Macedonia), lagi satu pendapat pula adalah daripada keturunan Cyrus the Great daripada Parsi. Yang pasti, daripada luar nun jauh di belah Barat atau Timur Tengah...

Lalu mereka yang tidak memahami akan hakikat sebenar bangsa Melayu sebagai bangsa-bangsa bersatu lebih senang menuduh Melayu sebagai bangsa hamba... Sebab itu bertuankan raja-raja yang datang daripada luar sedangkan hakikatnya, raja-raja daripada luar ini juga "masuk Melayu"!... Bahasa lembut orang Melayu yang sering membahasakan diri sendiri sebagai "hamba" dan orang lain "tuan hamba" turut disertakan kononnya sebagai bukti orang-orang Melayu itu berjiwa hamba...

Ya... Memang Melayu itu berjiwa hamba! Tetapi bukan hamba kepada manusia atau apa-apa sistem manusia seperti demokrasi dan kapitalis. Melayu dalam ertikata sebenar adalah hamba kepada Yang Maha Esa!

Adapun bahasa pertuturan "hamba" dan "tuan hamba" ini adalah sebenarnya bahasa tinggi, bahasa orang-orang Tasawuf yang sebenarnya mengEsakan keWujudan Allah jua... Ini adalah bahasa orang-orang yang "berenang" di dalam lautan musyahadah ataupun penyaksian semata melihat hakikat alam yang sebenar... Bahawa apa yang kita lihat sekeliling bermacam warna dan ragam ini semuanya adalah perbuatan ataupun af'al Allah jua! Maka dengan penuh adab merendah diri, kita membahasakan diri sendiri sebagai "hamba" dan orang lain sebagai "tuan hamba"... Kerana melihat hakikat sebenar di sebalik perbuatan orang lain sebagai pengzahiran serta pernyataan perbuatan Allah di alam ini jua!

Mungkin ada yang akan bertanya... Kalau begitu kenapa pula raja-raja membahasakan diri sebagai "beta", bukannya "hamba"? Sebenarnya raja-raja pun ada masanya membahasakan diri sebagai "hamba"... Kaji balik hikayat-hikayat lama... Tetapi apabila berbahasa dengan rakyat-jelata, raja-raja itu ibarat akan zahir sifat-sifat Jalal atau keagungan Allah... Kerana seorang raja (raja yang sebenar ya, bertaraf Wali dan telah Fana' dan Baqa' di dalam keWujudan Allah, bukan raja-raja sekarang yang rata-rata tidak layak menaiki takhta kerana telah hilang sifat-sifat sebenar seorang raja) itu adalah Zilullah Fil Alam... Bayang-bayang Allah di alam ini... Atau Zilullah Fil Ardh. Bayangan Allah di mukabumi. Sebab itu ada kitab-kitab lama tafsir mimpi menyebut, bermimpi berjumpa dengan raja itu maknanya berjumpa dengan Allah jua!

Masalahnya berapa ramai orang yang sedar akan hakikat ini setelah beratus tahun dihimpit dakyah Barat hasil kajian dan saranan puak Yahudi Zionis yang tidak mahu bangsa Melayu menjadi berdaulat melalui wasilah kerajaan sebenar yang mengundang naungan daripada langit? Sejarah Melayu sendiri telah dikaburkan sebegitu rupa akibat kedangkalan dalam memahami makna Melayu itu sendiri... Para Orientalis cuba menyempitkan bahawa Melayu itu datang daripada Yunnan. Ini dilakukan untuk merendahkan martabat Melayu sebagai satu daripada sub-etnik orang Cina selain untuk menghakis hak ketuanan Melayu ke atas Tanah Melayu kerana orang-orang Melayu mahu digambarkan sebagai pendatang, malah penceroboh yang "menghalau penduduk asal" Proto-Malay ke pendalaman. Ini dibuat supaya bangsa lain yang bukan Islam pun boleh menuntut hak "yang sama rata", kerana kita semuanya adalah "bangsa pendatang" jua...

Ya, itu memang benar... Melayu juga ramai bangsa pendatang... Tetapi yang membuat mereka mempunyai hak ke atas apa yang dinamakan sebagai Tanah Melayu ini adalah setelah menjadi anggota, masuk membership sebagai ahli kesatuan bangsa-bangsa dunia yang diikat oleh Islam, budaya Melayu dan penggunaan Bahasa Melayu... Itulah yang memberikan hak ketuanan kepada mereka, hak yang tidak layak dikecapi mereka yang belum lagi "masuk Melayu"....

Fikirkan akan makna Melayu yang sebenar... Maka kita tidak akan hairan kalau disebut bahawa pusat kerajaan Melayu Melaka di Kota Melaka yang jatuh ke tangan Portugis tahun 1511 itu kalah bukan kerana Melayu itu mundur... Tidak... Melayu sudah lama mempunyai persenjataan canggih. Zaman itu, kita sudah lama berhubung dengan tamadun-tamadun besar dunia termasuk kerajaan keKhalifahan Uthmaniyah (yang merupakan kerajaan paling kuat seluruh dunia zaman itu) serta kerajaan China Dinasti Ming (yang sebenarnya merupakan kerajaan Islam, sebab itu ia menyokong Melaka... Bukan sebab kerana ancaman Siam semata seperti yang disebut dalam buku-buku sejarah).

Ketika itu, Eropah baru sahaja keluar daripada zaman kegelapan... Setelah lama dipekup pihak Gereja yang anti-Sains. Dan mereka berjaya mengecapi kemajuan yang kemudian dikenali sebagai Renassaince, zaman kebangkitan Eropah setelah mengutip ilmu daripada institusi-institusi Islam yang jauh lebih maju ketika itu seperti yang terdapat di kerajaan Sepanyol dan Portugal Islam terutama di Cordova ataupun Andalusia... Kita bangsa Melayu pula sudah lama menerima bekalan teknologi terbaru baik daripada kerajaan Uthmaniyah yang berpusat di Turki mahupun Dinasti Ming yang tidak kurang canggih. Siapa kata Melayu itu mundur dan bodoh, setakat berharap pada senjata-senjata purba yang ketinggalan zaman? Siapa kata?

Lagipun seperti yang sudah disebut awal tadi, Melayu itu adalah BANGSA-BANGSA BERSATU. Maka itu segala teknologi dan pengetahuan canggih bangsa-bangsa lain turut disatukan menjadi teknologi sebenar Melayu... Itulah rahsia sebenar Melayu yang satu hari nanti akan membawa kepada kebangkitan sebenar Islam di akhir zaman, Insyaallah!

Sebab itu catatan Portugis, kalau tidak salah daripada Alfonso Albuquerque sendiri meyebut mereka telah merampas dan membawa balik 3,000 pucuk meriam daripada Kota Melaka. Dan itu menurutnya baru separuh sahaja... Jadi kenapa Melaka boleh kalah? Kalau nak tahu, sebab sebenarnya adalah kerana pembelotan bangsa Melayu sendiri... Pembelotan yang bagaimana?

Adapun bangsa-bangsa Barat yang datang ke Tanah Melayu untuk menjajah ini sebenarnya berbuat begitu atas dendam dan perancangan jangka-panjang Perang Salib... Semuanya untuk memutuskan rangkaian ukhuwah Islam yang turut termasuk di dalamnya rangkaian sokongan strategi perang yang meluas ke seluruh bumi di mana sahaja ada penganut Islam dengan angkatan yang boleh didatangkan daripada jauh termasuk daripada Tanah Melayu ini! Percaya atau tidak, semasa Perang Salib 1,000 tahun lalu sudah ada orang-orang Melayu turut berjihad melawan angkatan Barat... Manakan tidak? Melayu sebenar adalah bangsa yang sangat gagah berani, sedia berkorban jiwa dan raga kerana memahami hakikat sebenar kehidupan yang fana' ini... Dan sejak dahulu mereka adalah para pelayar dan pengembara yang hebat, tentu biasa sampai ke Mekah untuk umrah dan haji atau ziarah juga ke Madinah. Lalu apabila terdengar panggilan jihad, apalah susah sangat untuk turut mara ke Baitul Muqaddis termasuk bersama angkatan Sultan Salahuddin Al-Ayubi! Bukankan Melayu itu adalah bangsa-bangsa bersatu yang sudah semestinya ISLAM?

Barat sedar akan makna sebenar Melayu yang menggabungkan pelabagai bangsa ini... Maka itu untuk memecah-belahkan serta membawa Melayu untuk membelot, mereka kaji balik sifat-sifat etnik... Bagaimana sifat Cina masuk Melayu semasanya Cina nya masih menebal... Bagaimana sifat India sebelum masuk Melayu... Maka dicari kelemahan ini lalu dicucuk-jarumnya sehingga menjadi punca pergaduhan. Lalu apa yang terjadi sebenarnya adalah pergaduhan Cina dengan India tetapi yang dapat nama buruk adalah Melayu kerana mereka sudah masuk Melayu... Sebab itu bangsa Melayu terkenal dengan hasad dengki terhadap bangsa sendiri. Faham sekarang?

Taktik serupa turut digunakan untuk mengekang apa-apa kemungkinan kebangkitan Melayu di Singapura.... Lalu mereka cuba dipecah-pecahkan dengan label Bugis, Boyan dan sebagainya, bukan dengan label Melayu sebenar yang patut menyatukan segalanya... Tetapi apabila bergaduh dan tidak bersatu, yang disabitkan tetap nama Melayu juga. Nampak tak?...hurm..kte pkir la sendiri…

Monday, August 18, 2008

Petikan dari merahsilu.blogspot.com

Tuesday, August 12, 2008

Blog2 pilihan:

http://merahsilu.blogspot.com/
http://kuda-kepang.blogspot.com/
http://artmelayu.blogspot.com/
http://puteramalaysia.blogspot.com/
http://gagasanwarisan.blogspot.com/

Monday, August 11, 2008

SINGA LAUT

Assalammualaikum...dan Salam Sejahtera

Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan
maruah bangsa
.

Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut
menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada, belajar mengIKHLASkan hati
dan kenali siapa diri ini..:)

video